Cara Memenangi Hati Lelaki Atau Suami

memikat hati pasangan

Cara Memenangi Hati Lelaki Atau Suami

Bagaimana cara memenangi hati lelaki atau suami ini? Ataupun bagaimana teknik cara, kaedah, panduan, rahsia, tips berguna untuk menawan hati lelaki ataupun suami. Perkongsian dibawah membicarakan bagaimana cara keadah berkesan untuk cara memenangi hati lelaki. Cara memenangi hati lelaki mahupun suami ini dapat dilakukan dengan cara yang baik dan berkesan dengan memahami perangai, fiil, sikap, peribadi juga fitrah seorang lelaki itu sendiri dapat memberi jawapan kepada cara berkesan memenangi hati lelaki ini.

cara memenangi hati lelaki memikat hati suami

Bersihkan Hati Kita, Dengan Itu Kita Tenang Dan Sabar Melakukan Sesuatu..

Berikut adalah perkongsian mengenai cara memenangi hati lelaki atau suami. Perbanyakkan juga doa pada Allah untuk dapat memenangi hati suami dan sabar dalam melakukannya juga menghadapinya merupakan teknik ampuh dan berkesan untuk menawan dan memikat hati orang lelaki (suami). In sha Allah

Petua Untuk Memikat Hati Orang Lelaki

a. Terima lelaki agar dia menerima anda – Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

b. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda – Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

c. Berubah untuk menikmati perubahan – Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

d. Sanggup memberi untuk menerima – Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

e. Percaya untuk dipercayai – Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Punca menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, tidak susah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

f. Menangkan lelaki untuk menang – Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

g. Sifat negatif akan membuah kesan negatif – Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Demikianlah perkongsian artikel yang membicarakan bagaimana untuk kita melakukan aktiviti yang berkesan untuk menawan dan memikat hati orang lelaki (suami).

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian cara memenangi hati lelaki ini.

 

 

Like lah facebook dan sharelah bersama rakan anda…

 

 

 

 

 

IKLAN

 

PRODUK ISTIMEWA UNTUK TAMBAH NIKMAT

& KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA..

KHAS BUAT SUAMI-ISTERI

KEMBALIKAN KEHANGATANNYA !!

TENGOK-TENGOKLAH DI SEBELAH KANAN

BLOG INI YER…

 

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.