Cara Puaskan Suami Ketika Haid

video panjang umur

Cara Puaskan Suami Ketika Haid

Bagaimana cara melayan suami atau cara puaskan suami ketika haid. Memuaskan suami atau melayan suami tidak semestinya melakukan hubungan seksual atau jimak. Ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus bagaimana untuk isteri puaskan suami ketika haid. Isteri merupakan ladang kepada seseorang suami, oleh yang demikian cara puaskan suami ketika haid boleh dalam pelbagai keadaan dan cara melainkan melakukan jimak dan melakukan seks melalui lubang dubur. Suami dan isteri bebas melakukan apa jua hubungan untuk keseronokan melainkan cara-cara yang diharamkan Allah.

Ustaz Azhar menjelaskan cara puaskan suami ketika haid dengan tangan dan lain-lain anggota badan isteri adalah diharuskan. Terpulanglah kepada pasangan suami dan isteri tersebut untuk memilih mana-mana jalan dan kaedah yang disukai. Melayan suami ketika haid dengan mengelakkan dari melakukan dengan cara yang dilarang adalah dibolehkan.

Mereka berhak menentukan bagaimana kaedah melayan dan cara puaskan suami masing-masing.

 

cara puaskan suami ketika haid

Cara Melayan Suami Ketika Dalam Haid

Mari kita sama-sama imbas kembali apakah tujuan sebenar disyariatkan perkahwinan. Dalam sebuah hadis, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam ada berkata : ”Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka bernikahlah; sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kehormatan. Barangsiapa yang tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya ia dapat memadamkan syahwat.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa anjuran Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam supaya para pemuda itu bernikah adalah untuk menjaga penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang haram. Begitu juga untuk memelihara syahwat mereka daripada disalurkan kepada yang haram. Sebaliknya, dengan pernikahan mereka dapat meleraikan gelojak syahwat dengan menyalurkannya ke jalan yang halal. Dan mereka boleh melihat sesuatu yang asalnya adalah haram, tetapi dengan pernikahan ianya menjadi halal.

Dari tujuan perkahwinan ini menunjukkan bahawa Islam memahami keadaaan psikologi lelaki dan wanita. Gelora nafsu yang wujud dalam tubuh manusia haruslah disalurkan melalui cara yang betul iaitu dengan perkahwinan. Kadangkala nafsu ini tidak dapat dikawal walaupun pada masa dan ketika tersebut isteri sedang haid.

Maka masih diboleh untuk isteri melayan suami dengan cara puaskan suami ketika haid dengan kaedah dan cara yang dibenarkan.

Oleh itu, mari kita ikuti kuliah Ustaz Azhar dalam menjelaskan cara puaskan suami ketika haid ini

 

 

Jom Like Page Demibahagia.Com

fb:send>
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.