Herba Untuk Wanita

ubat wanita

Ubat Herba Untuk Wanita

Artikel ini membincangkan mengenai ubat herba untuk wanita. Ramai wanita mengabaikan herba untuk wanita ini sedangkan ianya amat baik untuk kesihatan mereka. Kadangkala wanita sendiri tidak tahu herba untuk wanita ini wujud disekeliling mereka setiap hari. Ianya merupakan ubat makanan tambahan yang baik kepada wanita jika wanita mengetahui dan mengamalkannya. Ubat herba untuk wanita ini boleh diamalkan seharian tanpa memerlukan sesuatu yang menyusahkan.

Kebanyakkan kaum wanita lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar-akar kayu, buah-buahan dan bunga-bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.

Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.

Kebanyakan bahan-bahan boleh didapati dari kedai-kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal-pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya di halaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain-lain.

ubat wanita herba untuk wanita

Betik Muda

a. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, di mana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan di faraj wanita yang baharu lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.

b. Bahan-bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal-gatal dan luka-luka.

c. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut, memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur.

Ubat Herba Untuk Wanita

Bawang Merah

d. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.

e. Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas.

f. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk, tekanan darah tinggi dan sakit kepala.

g. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor, nafas berbau.

ubat herba untuk wanita

Limau Baik Untuk Kesihatan Wanita

h. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.

i. Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan-bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti genggam, menggunakan jari-jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam-macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya.

j. Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh-tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu, di mana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Di samping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.

Berikut tadi perkongsian untuk wanita mengenai ubat herba untuk wanita. Jika wanita mengamalkannya tentu mereka mendapat manfaat dan kebaikan dari ubat herba untuk wanita ini.

 

 

Jom Like Page Demibahagia.com Ya !!

 

PELBAGAI YANG ISTIMEWA DAN BAIK

UBAT HERBA UNTUK WANITA

CUBA DAN GUNAKAN SEHARIAN

DALAM KEHIDUPAN MEREKA

ADA DISEBELAH KANAN WEB 

INI YA..

TENGOK-TENGOK LAH YE..

TERIMA KASIH

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.