Pikat Hati Mertua

ibu dan bapa mertua mentua

Pikat Hati Mertua

Baik seorang suami atau isteri mungkin ingin tahu cara pikat hati mertua. Untuk pikat hati mertua menjadi suka dan baik kepada menantu akan memberikan pelbagai keadaan yang baik dan aman kepada perhubungan kekeluargaan. Anak-anak juga tidak akan menjadi mangsa kepada situasi yang kurang elok tersebut. Kebiasaan ramai para isteri memerlukan tips, petua, panduan, teknik, cara terbaik bagaimana untuk pikat hati mertua. Isteri mungkin bermasalah dengan bapa mertua. Namun selalunya isteri akan ada menghadapi masalah dengan ibu mertua. Bagi suami pula mereka memerlukan juga tips, petua, panduan, teknik, cara terbaik bagaimana untuk memikat dan menawan hati mertua. Ini boleh dijadikan garis panduan untuk yang terbaik untuk pikat hati mertua.

Antara tips, petua, panduan, teknik, kaedah, cara terbaik bagaimana untuk pikat hati mertua atau mengambil hati ibu atau bapa mertua . Ianya untuk suami atau isteri sebagai anak menantu. Lagi memeningkan kepada mendapat mentua yang cerewet. Mertua yang cerewet ini memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menghadapinya.

pikat hati mertua mentua yang cerewet

Berikan Kasih Sayang Kita & Sentiasa Berdoa Kebaikan Kepada Mertua Kita. In Sha Allah Akan Mendapat Kebaikan Dunia & Akhirat

Petua Menyesuaikan Diri & Pikat Hati Mertua Yang Cerewet

1. Jangka dan terima hakikat bahawa konflik personaliti akan berlaku. Ingatkan bahawa semua keluarga mengalami proses yang sama. Generasi-generasi berbeza tentu mempunyai idea berlainan. Maka dengar pendapat mentua anda dan pada masa yang sama, luahkan pandangan anda jika anda tidak bersetuju. Kebanyakan masa, niat mentua anda baik walaupun mereka tidak berkomunikasinya dengan baik.

2. Sedar bahawa anda masih dapat menjalin hubungan yang baik dan sopan dengan mentua anda walaupun tidak bersetuju dengan mereka kebanyakan masa. Kuncinya, belajar cara menyelesaikan percanggahan pandangan secara hormat dan sopan. Sebagai contoh, cubalah jangan menentang mereka di depan awam demi menjaga air muka dan maruah mereka.

3. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingat bahawa diri anda yang perlu membuat keputusan bagaimana anda mahu membesarkan anak anda. Keutamaan perlu diberikan untuk membuat keputusan terbaik untuk anak anda, bukan sematamata demi mangambil hati mentua atau ibu bapa anda sendiri.

4. Minta pandangan atau pendapat mentua dan sentiasa terbuka kepada idea dan kritikan. Ada kalanya mereka betul. Ia bukan mudah untuk mengakui kesalahan dan menerima kritikan membina mereka.

5. Sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mentua. Kenyataannya, mentua memainkan peranan penting dalam kehidupan anak anda dan disebaliknya. Kebanyakan kali anda mungkin tidak bersetuju, tetapi ia penting untuk memberi peluang kepada mentua anda untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak anda.

6. Jika anda mendapat mentua yang memahami, anda perlu menjaga keharmonian dan bekerjasama dengan mereka, sambil menghormati batas sempadan wilayah masing-masing serta mengekalkan komunikasi terbuka. Ingatlah, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap sebahagian penting daripada keluarga anda.

Berikut tadi adalah antara tips, petua, panduan, teknik, kaedah, cara terbaik bagaimana untuk pikat hati mertua atau mengambil hati ibu atau bapa mertua. Ianya mungkin berguna kepada pelawat yang menghadapi masalah mentua yang cerewet.

Semoga kita semua bijak menguruskannya dan menjadi menantu kesayangan pula.

In sha Allah, banyakkan panjatkan doa kepada Allah

 

 

 

 

 

PRODUK SUAMI ISTERI ADA DISEBELAH KANAN BLOG INI. KLIK & BACALAH.. MUNGKIN ANDA DAN PASANGAN MEMERLUKAN HARI INI ATAU SUATU HARI NANTI !!!

memikat dan mengambil hati mertua mentua

Stor Produk Kebahagiaan Rumahtangga Suami & Isteri

 

<fb:send href="http://demibahagia.net/pikat-hati-mertua/" font="">
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.